SFC RAIH NAIB JOHAN

Posted on 15 Oct 2026
Source of News: SFC Facebook
Sarawak Forestry Corporation (SFC) telah menyertai Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Hari Jadi Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, yang berlangsung pada 10 Oktober 2026 di Padang Merdeka, Kuching.

Dengan semangat berpasukan, disiplin dan komitmen yang tinggi, kontinjen SFC berjaya meraih NAIB JOHAN dalam kategori Badan Beruniform/GLC/IPT, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000.00. 

Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan kesungguhan warga SFC dalam menjayakan acara rasmi negeri, malah turut memperkukuh semangat perpaduan, profesionalisme dan rasa bangga terhadap organisasi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontinjen SFC atas penyertaan serta pencapaian yang membanggakan ini. Semoga semangat kebersamaan dan kecemerlangan tersebut terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga SFC dalam melaksanakan amanah memelihara khazanah alam semula jadi Sarawak.

Bersama Memelihara Khazanah Sarawak!