SESI TURUN PADANG KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM (NRES) KE SARAWAK FORESTRY CORPORATION (SFC)
Posted on 14 Aug 2026
Source of News: SFC Facebook
SESI TURUN PADANG KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM (NRES) KE SARAWAK FORESTRY CORPORATION (SFC)
12 Ogos 2026 | Wisma Lestari, SFC, Kuching
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Khalid bin Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) NRES, telah mengadakan sesi turun padang dan lawatan kerja ke Sarawak Forestry Corporation (SFC).
Sesi lawatan ini memfokuskan kepada mesyuarat pembentangan status kemajuan empat (4) projek di bawah dana Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional (NCFT), iaitu:
* Assessing Correlation of Environment on Amphibian’s Diversity Pattern in Sarawak TPAs
* Checklist of Vascular Plants of Santubong and Sampadi National Park
* Non-Detriment Finding for White-rumped Shama in Sarawak
* Sarawak Marine Mammals Conservation
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato' Timbalan Ketua Setiausaha serta seluruh delegasi NRES atas kelapangan masa menyempurnakan sesi turun padang ini. Semoga sokongan, pandangan serta sinergi strategik yang terjalin terus memantapkan usaha konservasi biodiversiti dan pemeliharaan khazanah alam negara menerusi dana NCFT.