Operasi Penangkapan Iguana Di Taman Bulatan, Miri
Posted on 14 Aug 2026
Source of News: SFC Facebook
Operasi Penangkapan Iguana Di Taman Bulatan, Miri
12 Ogos 2026 | Taman Bulatan, Miri
Sarawak Forestry Corporation (SFC) yang diketuai oleh Controller Hidupan Liar Sarawak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri (MCC) telah menjalankan operasi penangkapan dan kawalan spesies haiwan invasif Iguana di Taman Bulatan, Miri.
Operasi tersebut turut dihadiri oleh Councillor Yee Chung Meng, yang mewakili Datuk Bandar Miri, sebagai tanda sokongan terhadap usaha bersepadu dalam menangani isu spesies invasif di kawasan awam.
Operasi yang bermula pada 8.00 malam ini memberi fokus kepada pengesanan, penangkapan dan kawalan populasi Iguana di kawasan yang dikenal pasti.
Iguana merupakan spesies bukan asli yang boleh memberi tekanan kepada ekosistem tempatan sekiranya populasinya tidak dikawal.
Operasi ini merupakan kesinambungan daripada operasi terdahulu yang telah merekodkan 49 ekor Iguana ditangkap, melibatkan operasi pada April, 10–12 Jun dan 21 Julai 2026. Sebanyak 8 ekor berjaya di tangkap pada operasi kali ini.
Pemantauan berterusan mendapati kehadiran Iguana yang lebih kecil di kawasan berhampiran, justeru usaha kawalan dan pemantauan perlu diteruskan bagi mengurangkan risiko populasi ini berkembang dan merebak ke kawasan lain.
Nasihat kepada orang awam:
• Jangan menangkap atau mengendalikan Iguana sendiri.
• Jangan memberikan makanan kepada Iguana.
• Jangan memindahkan atau melepaskan Iguana ke lokasi lain.
• Laporkan penemuan Iguana kepada pihak berkuasa berkaitan.
Kerjasama orang awam amat penting dalam membantu usaha pengurusan spesies invasif di kawasan bandar