EcoGreen Planet 2026
Posted on 11 Aug 2026
Source of News: SFC Facebook
5 Ogos 2026 | Dewan Masyarakat Kampung Rajang
Sarawak Forestry Corporation (SFC) berbesar hati menyertai program EcoGREEN PLANET 2026 yang berlangsung di Taman Negara Rajang Mangrove, bersama Sarawak Tourism Board (STB).
Program ini turut dihadiri oleh YB Datuk Haji Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap ADUN N.41 Kuala Rajang, YB Dato Dennis Ngau, Pengerusi Sarawak Tourism Board merangkap ADUN N.77 Telang Usan, YBhg. Dr Sharzede Datu Haji Salleh Askor, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Tourism Board, serta Yang Berusaha Tuan Abang Arabi bin Abang Aimran, Pengurus Besar Sarawak Forestry Corporation.
Program ini merangkumi taklimat mengenai Inisiatif Pemulihan Bakau EcoGREEN PLANET 2026 dan diteruskan dengan aktiviti simbolik penanaman pokok.
Sebanyak 160 pokok bakau telah ditanam pada program hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 3,800 pokok yang berjaya ditanam menerusi kerjasama berterusan antara SFC dan STB.
Setiap pokok yang ditanam bukan sahaja membantu memulihkan ekosistem pesisir pantai, malah menyokong pemuliharaan biodiversiti serta meningkatkan daya tahan alam sekitar dalam menghadapi perubahan iklim.
Bersama-sama, kita bukan sekadar menanam pokok, tetapi menyemai harapan demi kelestarian alam dan kesejahteraan generasi akan datang.