Pemasangan Papan Tanda "Awas Buaya"
Posted on 11 Aug 2026
Source of News: SFC Facebook
SIBU, 6 Ogos 2026 – Sarawak Forestry Corporation (SFC) melalui Enforcement & Protection Section (EPS) Sibu telah memasang satu (1) papan tanda “AWAS BUAYA” di kawasan kolam tepi jalan menuju ke Lapangan Terbang Sibu pada 6 Ogos 2026.
Pemasangan papan tanda tersebut merupakan langkah pencegahan bagi meningkatkan kesedaran dan kewaspadaan orang awam terhadap kemungkinan kehadiran buaya di kawasan berkenaan, khususnya kepada pengguna jalan raya dan orang awam yang berada berhampiran kolam.
SFC menasihatkan orang awam supaya tidak menghampiri atau mengganggu buaya sekiranya dikesan serta sentiasa mematuhi papan tanda amaran dan mengutamakan keselamatan ketika berada berhampiran kawasan perairan.