Konflik Buaya-Manusia : Keselamatan Rakyat Keutamaan Kami

Posted on 03 Mar 2026
Source of News: SFC Facebook
Isu kehadiran buaya di sungai serta kawasan penempatan berhampiran air terus menjadi perhatian strategik Sarawak Forestry Corporation (SFC). Kebimbangan yang disuarakan oleh masyarakat Sarawak dipandang serius, khususnya di lokasi berisiko tinggi yang merekodkan aduan berulang.

Sehubungan itu, Controller Hidupan Liar SFC telah mengadakan sesi libat urus bersama seorang pemburu buaya berlesen yang diberi kebenaran sah untuk melaksanakan pemburuan terkawal di Sarawak. Penglibatan ini adalah sebahagian daripada pendekatan kolaboratif bagi memperkukuh operasi pengurusan konflik buaya–manusia secara lebih responsif dan berkesan.
Pelaksanaan tindakan ini adalah berasaskan prinsip tadbir urus yang ketat — terkawal, berlesen dan mematuhi peruntukan undang-undang sedia ada — dengan objektif utama seperti berikut:

1. Mengurangkan risiko serangan terhadap orang awam di kawasan berisiko.
2. Mempercepatkan tindakan susulan terhadap aduan komuniti.
3. Memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
4. Mengurus populasi buaya secara berhemah, saintifik dan mampan selaras dengan prinsip pemuliharaan.

SFC memahami keresahan masyarakat dan komited untuk melaksanakan intervensi yang bersifat proaktif tanpa menjejaskan agenda konservasi jangka panjang. Pendekatan ini menzahirkan keseimbangan antara keselamatan awam dan pengurusan hidupan liar yang bertanggungjawab.