Program 3M buaya bersama pihak pengurusan SD Guthrie Sdn Bhd telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan pekerja dibawah naungan pengurusan SD Guthrie iaitu dari Ladang Takau dan Ladang Derawan. Program kesedaran ini memberi perkongsian penting mengenai langkah keselamatan, pemahaman komuniti ladang dalam mengenali reptilia ini serta pendedahan akan Ordinan Hidupan Liar, 1998 serta tindakan pencegahan bagi mengurangkan risiko serangan.
Ini adalah perkongsian penting terutamanya bila berlakunya musim banjir akan meningkatkan kebarangkalian kehadiran haiwan liar ini di kawasan ladang. Program sulung ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pihak ladang. Kerjasama ini menunjukkan penerimaan yang positif dan menunjukkan komitmen pengurusan tertinggi SD Guthrie dalam menyokong program kesedaran awam sebegini.
Pihak SFC mengucapkan setinggi terima kasih atas sokongan yang diberikan.
Click Here