Awas Serangan Buaya

Posted on 22 Dec 2025
Di Sarawak, buaya adalah sebahagian daripada ekosistem kita.
Untuk memastikan kita semua hidup selamat dan harmoni, Sarawak Forestry Corporation (SFC) komited dalam melaksanakan program 3M Buaya: Mengenali, Memahami, Memulihara.


Mengenali: Kenali habitat dan tingkah laku buaya untuk mengelakkan risiko.

Memahami: Fahami peranan buaya dalam alam semula jadi dan mengapa ia perlu dilindungi.

Memulihara: Ambil langkah proaktif untuk memulihara spesies ini secara terkawal dan selamat.

Keselamatan bermula dengan pengetahuan. Jangan ambil mudah! Laporkan sebarang penampakkan buaya dengan menghubungi Hotline SFC!